Pages

Isnin, 7 Januari 2013

Anak Kambing Rupa Seperti Watak Monster Inc


Seekor anak kambing yang baru dilahirkan3 hari di Kampung Baru 2 Gadek mempunyai wajah yang pelik seakan watak filem animasi Monster Inc. Kambing tersebut juga mengeluarkan bunyi seperti bayi ketika dilahirkan. Menurut pemilik kambing yang diberi nam "Mewa" tersebut, Zakaria Husin,70, beliau mula menyedari haiwan ternakannya itu melahirkan kembar di kandang miliknya.

"Ibu kambing tersebut melahirkan anak kembar dan saya mula menyedari salah seekor kambing tidak menyerupai seperti kambing tetapi merupai seperti makhluk asing ketika membersihkan bendalir pada tubuh kambing yang dilahirkan."katanya.

Lebih mengejutkan Zakaria, kambing itu tidak mengembek seperti kambing yang lain tetapi merengek seperti bayi.

"Saya sedih melihat keadaan fizikal dan wajahnya yang unik itu, dia sukar berdiri dengan stabil selain lidahnya yang terjelir semenjak lahir lagi."katanya.
"Mewa" juga tidak boleh menyusu susu ibunya kerana lidahnya sentiasa terjelir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...