Pages

Jumaat, 11 Januari 2013

"Saya Menyesal Serah Fatin"



“Tergamak lelaki itu buat Norfatin begini, memang kejam dan tidak berperikemanusiaan,” begitulah reaksi pertama Roszaidah Mohd Salleh, 30, apabila menemui gambar Norfatin Aqilah berikat dengan tali di leher dengan muka lebam dalam telefon bimbit milik ibu kandungnya yang kini ditahan polis berhubung kes penderaan kanak-kanak berusia dua tahun itu.

Menurutnya, dia menangis kerana tidak dapat menahan rasa sebak sebaik sahaja melihat gambar yang menyayatkan hati itu tersebut.

“Kalau tahu begini saya takkan serahkan Norfatin, memang menyesal sangat kerana sampai sekarang Norfatin menangis melihat besi penyangkut baju atau diangkat secara tiba-tiba kesan daripada penderaan yang berlaku ke atasnya.

“Dia memang nampak trauma, tidur pun kadangkala terjaga... memang apa yang dilaluinya cukup buruk. Terima kasih kepada polis kerana menangkap mereka yang bertanggungjawab,” katanya

Roszaidah yang merupakan ibu angkat kanak-kanak itu lega apabila Norfatin dilihat masih ceria dan mahu bermain cuma tutur katanya tidak sepetah dulu serta mungkin mengambil masa untuk dia kembali normal.

“Saya harap dia gembira dan aktif seperti dahulu. Biarlah saya yang menjaganya,” katanya.

Dalam kejadian jam 10 malam, Isnin lalu, Norfatin Aqilah Abdullah dipercayai didera teman lelaki ibunya yang berusia 23 tahun.

Terdapat kesan ikatan pada pergelangan kaki dan tangan mangsa manakala kesan luka, termasuk lebam lama dan baru selain kesan seperti dicucuh putung rokok.

Aksi Jozan Minggu Ke - 9

Minggu ke-9, Zizan masih lagi membuat persembahan secara solo. Johan still lagi di hospital. Kali ni,
Zizan terpaksa membuat 2tema pada minggu ke -9. Saksi kan..



                                                                             TEMA 1

TEMA 2

Rabu, 9 Januari 2013

26 Gambar Produk Paling Kreatif.

Produk-produk inovatif yang boleh membawa beberapa keseronokan kepada kehidupan kita. Berikut adalah beberapa produk yang kreatif dan inovatif yang Labu nak tunjukkan. Check it out!



























Apa macam? Ada yang berkenan di hati? ngeh3.. ;)



Selasa, 8 Januari 2013

GAME : Tangkap leleh main game ni !!

The Walking Dead : Game yang Labu rase memang lain dari yang lain. Penuh dengan drama, emosi dan di samping itu juga, pemain terpaksa membuat pilihan yang akan membuatkan jalan cerita mengikut pilihan pemain itu sendiri.




Sinopsis
Lee Everett ( watak utama ) seorang profesor, ditahan polis selepas disabitkan kerana membunuh lelaki yang meniduri isterinya. Dalam perjalanan di dalam kereta polis, beliau kemalangan bersama seorang anggota polis. Di situ bermula cerita apabila terpaksa melarikan diri dari kepungan zombi di pinggir hutan. Lee akan bertemu dengan seorang budak perempuan bernama Clementine yang mencari dan menunggu kepulangan ibubapa nya di rumah. Dan anda akan bertanggungjawab menjaga Clementine sepanjang masa dan membuatkan anda betul2 berada dalam cerita itu. Game ini mempunyai 5episod dan dijangkakan akan ada episod 6-10 tahun 2013.

Pencapaian
Game ini berjaya mendapat anugerah GAME OF THE YEAR 2012. Jadi tak rugi anda main ini kerana memang TERBAIK!

Game : Iron Man 2 ( Malaysia ) ???

Siapa pernah main game Iron Man 2? Labu baru tau salah 1 misi dalam game ini anda akan berada di Malaysia. Untuk lebih lanjut, try lah main, kasi tengok cane rupanya map Malaysia tersebut ;)

Video Seram di The Alchemist Theatre : REAL!

Video ini mengisahkan penyiasatan entiti paranormal di sebuah teater yang dikatakan berpuaka dan seram.
Beberapa imej dan pergerakkan entiti dapat dirakam dalam 3parts video di bawah.

                                                                         PART 1

PART 2

PART 3


Program Menakutkan Orang : Hall of Fame

Rancangan Scare Tactics dari Amerika adalah program untuk menakutkan mangsa yang diupah oleh rakannya sendiri mahupun ibu/bapa masing2. Dalam babak ini, Gary (mangsa), mendapat job untuk menjadi babysitter untuk menjaga seorang kanak2 yang baru kematian kakaknya. Beliau bertambah panik apabila roh si mati kembali ke rumah. Saksikan video di bawah yang mendapat Hall of Fame.


Betulkah Mereka Ini Bukan Manusia?

Dunia di akhir zaman ni, macam2 perkara berlaku. Tak kurang juga dengan pendapat masing2 tentang kiamat dan kedatangan tanda2 hari kiamat. Salah satu nya rumours tentang siapakah tentera2 Dajjal? Seperti yang kita tahu, tentera Dajjal disertai oleh kaum Yahudi dan penentang Islam. Tapi wujudkah tentera Dajjal dari dunia lain seperti Syaitan? Lihat gambar2 di bawah.


            
                              Reptilian; tentera Dajjal yang mengawal hiburan dan politik di dunia.


Setiap anak mata hitam mereka2 ini merupai mata seekor reptilian. Sindrom ini dikenali "Reptilian Shapeshifter".
Lihat antara bukti2 bergambar di bawah. Anda juga boleh melihat di Youtube jika merasa gambar ini di-edit.






Isnin, 7 Januari 2013

Anak Kambing Rupa Seperti Watak Monster Inc


Seekor anak kambing yang baru dilahirkan3 hari di Kampung Baru 2 Gadek mempunyai wajah yang pelik seakan watak filem animasi Monster Inc. Kambing tersebut juga mengeluarkan bunyi seperti bayi ketika dilahirkan. Menurut pemilik kambing yang diberi nam "Mewa" tersebut, Zakaria Husin,70, beliau mula menyedari haiwan ternakannya itu melahirkan kembar di kandang miliknya.

"Ibu kambing tersebut melahirkan anak kembar dan saya mula menyedari salah seekor kambing tidak menyerupai seperti kambing tetapi merupai seperti makhluk asing ketika membersihkan bendalir pada tubuh kambing yang dilahirkan."katanya.

Lebih mengejutkan Zakaria, kambing itu tidak mengembek seperti kambing yang lain tetapi merengek seperti bayi.

"Saya sedih melihat keadaan fizikal dan wajahnya yang unik itu, dia sukar berdiri dengan stabil selain lidahnya yang terjelir semenjak lahir lagi."katanya.
"Mewa" juga tidak boleh menyusu susu ibunya kerana lidahnya sentiasa terjelir.

Awan Menegak??



Pernah lihat awan menegak? Awan ni kelihatan aneh dan pelik bukan?
Gambar ini diambil di Jepun selepas bencana Tsunami besar melanda negara Matahari Terbit itu.


Kejadian sama berlaku di Yogjarkata, Indonesia sebelum berlaku gempa bumi dan tsunami di Acheh.
So, kalau korang ternampak awan macam ni, mohonlah perlindungan dari Allah SWT agar tidak ada perkara buruk terjadi.

p/s : Rajin2 lah melihat langit dan awan2 ; ) hamparan bumbung ciptaan ALLAH swt.


Kisah Benar : Darah Masih Mengalir Akibat Mati Lemas

Mati Syahid ( Student UMT bersama bukti bergambar buat renungan semua )





Assalamualaikum Semua Warga BP,

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahajasolat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah). Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memangterasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan
dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketikamenunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid. Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan
berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran
pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester
panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana? Adakah telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat? sama-sama kita renungkan.

** gambar2 diambil ketika jenazah sampai di masjid sri petaling. Wassalam

credit : http://wirapendang.blogspot.com/2010/05/mati-syahidpelajar-umt-dan-gambar.html


Kemaskan Desktop Icon Anda!

Desktop Anda Seperti Ini????

Kemaskan windows dekstop anda seperti desktop saya ;) 




Copy background pilihan anda ... ooo.. yeah ~!








22 Gambar Manusia Dengan Misai Dan Janggut Pelik.























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...