Pages

Jumaat, 11 Januari 2013

"Saya Menyesal Serah Fatin"



“Tergamak lelaki itu buat Norfatin begini, memang kejam dan tidak berperikemanusiaan,” begitulah reaksi pertama Roszaidah Mohd Salleh, 30, apabila menemui gambar Norfatin Aqilah berikat dengan tali di leher dengan muka lebam dalam telefon bimbit milik ibu kandungnya yang kini ditahan polis berhubung kes penderaan kanak-kanak berusia dua tahun itu.

Menurutnya, dia menangis kerana tidak dapat menahan rasa sebak sebaik sahaja melihat gambar yang menyayatkan hati itu tersebut.

“Kalau tahu begini saya takkan serahkan Norfatin, memang menyesal sangat kerana sampai sekarang Norfatin menangis melihat besi penyangkut baju atau diangkat secara tiba-tiba kesan daripada penderaan yang berlaku ke atasnya.

“Dia memang nampak trauma, tidur pun kadangkala terjaga... memang apa yang dilaluinya cukup buruk. Terima kasih kepada polis kerana menangkap mereka yang bertanggungjawab,” katanya

Roszaidah yang merupakan ibu angkat kanak-kanak itu lega apabila Norfatin dilihat masih ceria dan mahu bermain cuma tutur katanya tidak sepetah dulu serta mungkin mengambil masa untuk dia kembali normal.

“Saya harap dia gembira dan aktif seperti dahulu. Biarlah saya yang menjaganya,” katanya.

Dalam kejadian jam 10 malam, Isnin lalu, Norfatin Aqilah Abdullah dipercayai didera teman lelaki ibunya yang berusia 23 tahun.

Terdapat kesan ikatan pada pergelangan kaki dan tangan mangsa manakala kesan luka, termasuk lebam lama dan baru selain kesan seperti dicucuh putung rokok.

Aksi Jozan Minggu Ke - 9

Minggu ke-9, Zizan masih lagi membuat persembahan secara solo. Johan still lagi di hospital. Kali ni,
Zizan terpaksa membuat 2tema pada minggu ke -9. Saksi kan..



                                                                             TEMA 1

TEMA 2

Rabu, 9 Januari 2013

26 Gambar Produk Paling Kreatif.

Produk-produk inovatif yang boleh membawa beberapa keseronokan kepada kehidupan kita. Berikut adalah beberapa produk yang kreatif dan inovatif yang Labu nak tunjukkan. Check it out!



























Apa macam? Ada yang berkenan di hati? ngeh3.. ;)



Selasa, 8 Januari 2013

GAME : Tangkap leleh main game ni !!

The Walking Dead : Game yang Labu rase memang lain dari yang lain. Penuh dengan drama, emosi dan di samping itu juga, pemain terpaksa membuat pilihan yang akan membuatkan jalan cerita mengikut pilihan pemain itu sendiri.




Sinopsis
Lee Everett ( watak utama ) seorang profesor, ditahan polis selepas disabitkan kerana membunuh lelaki yang meniduri isterinya. Dalam perjalanan di dalam kereta polis, beliau kemalangan bersama seorang anggota polis. Di situ bermula cerita apabila terpaksa melarikan diri dari kepungan zombi di pinggir hutan. Lee akan bertemu dengan seorang budak perempuan bernama Clementine yang mencari dan menunggu kepulangan ibubapa nya di rumah. Dan anda akan bertanggungjawab menjaga Clementine sepanjang masa dan membuatkan anda betul2 berada dalam cerita itu. Game ini mempunyai 5episod dan dijangkakan akan ada episod 6-10 tahun 2013.

Pencapaian
Game ini berjaya mendapat anugerah GAME OF THE YEAR 2012. Jadi tak rugi anda main ini kerana memang TERBAIK!

Game : Iron Man 2 ( Malaysia ) ???

Siapa pernah main game Iron Man 2? Labu baru tau salah 1 misi dalam game ini anda akan berada di Malaysia. Untuk lebih lanjut, try lah main, kasi tengok cane rupanya map Malaysia tersebut ;)

Video Seram di The Alchemist Theatre : REAL!

Video ini mengisahkan penyiasatan entiti paranormal di sebuah teater yang dikatakan berpuaka dan seram.
Beberapa imej dan pergerakkan entiti dapat dirakam dalam 3parts video di bawah.

                                                                         PART 1

PART 2

PART 3


Program Menakutkan Orang : Hall of Fame

Rancangan Scare Tactics dari Amerika adalah program untuk menakutkan mangsa yang diupah oleh rakannya sendiri mahupun ibu/bapa masing2. Dalam babak ini, Gary (mangsa), mendapat job untuk menjadi babysitter untuk menjaga seorang kanak2 yang baru kematian kakaknya. Beliau bertambah panik apabila roh si mati kembali ke rumah. Saksikan video di bawah yang mendapat Hall of Fame.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...