Pages

Jumaat, 11 Januari 2013

"Saya Menyesal Serah Fatin"



“Tergamak lelaki itu buat Norfatin begini, memang kejam dan tidak berperikemanusiaan,” begitulah reaksi pertama Roszaidah Mohd Salleh, 30, apabila menemui gambar Norfatin Aqilah berikat dengan tali di leher dengan muka lebam dalam telefon bimbit milik ibu kandungnya yang kini ditahan polis berhubung kes penderaan kanak-kanak berusia dua tahun itu.

Menurutnya, dia menangis kerana tidak dapat menahan rasa sebak sebaik sahaja melihat gambar yang menyayatkan hati itu tersebut.

“Kalau tahu begini saya takkan serahkan Norfatin, memang menyesal sangat kerana sampai sekarang Norfatin menangis melihat besi penyangkut baju atau diangkat secara tiba-tiba kesan daripada penderaan yang berlaku ke atasnya.

“Dia memang nampak trauma, tidur pun kadangkala terjaga... memang apa yang dilaluinya cukup buruk. Terima kasih kepada polis kerana menangkap mereka yang bertanggungjawab,” katanya

Roszaidah yang merupakan ibu angkat kanak-kanak itu lega apabila Norfatin dilihat masih ceria dan mahu bermain cuma tutur katanya tidak sepetah dulu serta mungkin mengambil masa untuk dia kembali normal.

“Saya harap dia gembira dan aktif seperti dahulu. Biarlah saya yang menjaganya,” katanya.

Dalam kejadian jam 10 malam, Isnin lalu, Norfatin Aqilah Abdullah dipercayai didera teman lelaki ibunya yang berusia 23 tahun.

Terdapat kesan ikatan pada pergelangan kaki dan tangan mangsa manakala kesan luka, termasuk lebam lama dan baru selain kesan seperti dicucuh putung rokok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...